Friday, December 16, 2011

8 Rahsia Petua Melayu Lama (istimewa untuk wanita)

hye semua... nie entry ke-2 utk ari nie.. just nak share 1 ilmu dgn kwn2 perempuan... yela, kat tajuk pun da bgtau istimewa utk wanita..hehe.. ilmu nie delah dpt dari suratkhabar berita harian.. mana la tau,kot2 ade yg tak bkesempatan nak baca,jd elok rsenye dkongsi bersama utk manfaat bersama... mungkin petua ni ade yg kwn2 da penah dgr n cuba sendiri.. jom kt same2 baca n cuba amalkan dlm kehidupan seharian kita..

  • BANGKIT BERSAMBUT
apabila mahu tidur malam,duduk berlunjur dan rebahkan badan ke tilam tanpa menongkatkan badan dengan tangan. apabila mahu bangkit dari tidur, lunjurkan kaki dan bangunlah tanpa menongkatkan badan dengan tangan cecah ibu jari kaki dengan kedua tangan.

  • WAJAH SUCI
apabila bangun pagi,jika membasuh muka,elakkan dari mencucinya menggunakan sebarang alat pencuci atau mengesat muka dengan sebarang pengesat. biarkan air itu kering sendiri pada muka.jika mengambil air wuduk,usahlah dikesat air itu,biarkan ia kering sendiri. ini berfaedah mengekalkan kecantikan asli wanita,dan menjadikan muka bercahaya dan segar kerana pelembap asli muka tidak dibuang.

  • MENYEGARKAN PAYUDARA
apabila mandi terutamanya di awal pagi, cucurkan air pancuran atau air paip ke atas kedua2 belah payudara agar sentiasa subur dan segar serta tidak mudah jatuh.

  • TAMAN SEMERBAK
amalkan memakan makanan yang segar seperti ulam-ulam yang wangi baunya dan sayur-sayuran yang wangi sejak dari perawan.amalkan sentiasa,nafas dan badan juga akan menjadi wangi. petua ini telah diketahui sejak beribu tahun yang lampau.

  • LUBANG JARUM
latih otot penahan kencing seolah-olah seperti menahan dan hendak membuang air kecil,kemutkan berulang-ulang. kemudian kemutkan pula otot dubur seolah-olah mahu menahan dari buang air besar,berulang-ulang kali juga. jadikan ia amalan setiap hari.

  • SUARA PERINDU
elakkan dari banyak memakan makanan yang pedas-pedas atau yang agak panas.selalu minum air asam jawa. berlatih bercakap dengan mengawal nada suara,jangan dilepaskan suara sewenang-wenangnya. dikatakan suara perawan adalah bagai bunyi seruling buluh perindu.


  • MENGURUT PANGKAL BUNTING PADI
biasakan mengurut dipangkal betis,iaitu dengan cara menekan dan memicit kawasan antara urat keting dan buah betis.lakukan selalu,keran ini baik untuk mempertingkatkan prestasi kepekaaan rasa apabila jima' setelah berkahwin nanti.

  • PAYUDARA MONTOK
elakkan dari meniarap di atas lantai sama ada diwaktu siang atau malam. keran meniarap di atas lantai akan mengendurkan payudara anda.


selamat mencuba!! =)


No comments:

Post a Comment